Joe terus ke dalam wad kecemasan mendapatkan kaunter pertanyaan."Cik,di mana tempat Nurshaidah binti Mohammad?Dia baru dimasukkan hari ni"tanya Joe cemas kepada wanita yang umurnya dalam lingkungan 30 tahun itu."Encik ni siapa?Suami dia ke?Adakah pesakit ini mengandung?"tanya wanita itu."Ya dia isteri saya cik.Memang dia mengandung.Macam mane keadaan dia cik?"tanya Joe lagi.Wanita berkenaan menerangkan kepadanya bahawa isterinya masih berada di wad pembedahan. Wanita itu menerangkan keadaan Shaidah yang sangat kronik,pihak hospital terpaksa melakukan pembedahan tersebut kerana nyawanya menjadi taruhan saat itu.Joe merasakan seperti ada batu besar yang menghimpap dirinya saat ini."Encik bawa bertenang.Encik duduk dulu.Kita berdoa agar isteri encik selamat"wanita berkenaan cuba menenang Joe apabila dia melihat wajah Joe semakin tegang.Joe hanya mampu menggangguk lalu mencari tempat duduk untuk menunggu.
Joe mengambil telefon bimbitnya lalu terus mendail nombor ahli keluarganya.Saat ini,hatinya hanya mampu berdoa agar Shaidah selamat walaupun dia tahu anaknya tidak dapat diselamatkan.Tanpa disedari air matanya mengalir."Assallamuailaikum ibu"Joe memberi salam kepada ibunya."Ibu,Shaidah masuk hospital ibu.Dia kena ragut dan sekarang dia berada di wad kecemasan,"Joe memberitahu ibunya.Betapa terkejutnya Puan Maimunah mendengar keadaan menantunya di wad kecemasan.Walaupun dia tahu dia tidak dapat menerima apa yang dilakukan Joe dan Shaidah tapi hati ibu mana tak terusik apabila anaknya ditimpa musibah."Astagfirullahulazim,betul ke ni Joe.Nanti ibu bagitahu abah ye.Kami gerak hari ni juga.Apa-apa nanti ibu bagitahu Joe.Joe dah telefon ayah dan mak Shaidah?"tanya Puan Maimunah keresahan."Belum lagi ibu.Nanti Joe telefon.Ibu,Joe takut ibu"Joe tidak dapat menahan kesempitan yang dialaminya sekarang.Seakan anak kecil yang memerlukan dorongan dari insan yang bernama ibu."Sabarlah nak,semua ini dugaan kamu dengan Shaidah dari-Nya.Berbanyaklah berdoa agar Shaidah selamat ye,"Puan Maimunah hanya mampu menasihatinya.'Ya Allah adakah ini habuan yang harus anakku terima dari kesilapannya.Tabahkanlah anakku Johari dalam menghadapi dugaan yang Engkau berikan.Ampunkanlah segala dosanya yang lalu.Sesungguhnya engkau yang lebih mengetahui atas segala hal'.Joe menamatkan panggilan dengan ibunya.'Shaidah semoga engkau selamat'doanya dalam hati.Dia kemudian menelefon ahli keluarga Shaidah dan tentunya semua terkejut mendengar khabar yang disampaikan.Joe terus setia menunggu keaadaan isterinya itu.Tiba-tiba saat ini dia terkenangkan Rina.Shaidah juga kawan Rina.Tapi kerana kisah lalu Rina membenci dirinya dan Shaidah.'Perlu ke aku beritahu Rina mengenai Shaidah'Joe bertanya sendirian.Setelah lama berfikir akhirnya dia menghantar pesanan ringkas kepada Rina.
"Salam,maafkan abang kalau abang mengganggu Rina saat ini.Abang hanya ingin memberitahu Rina satu berita mengenai Shaidah.Shaidah sekarang berada di Hospital Universiti.Dia diragut pagi tadi dan sekarang dia berada di wad kecemasan.Doakan Shaidah semoga dia selamat,dari abang -Joe-".Joe terus menanti dan tidak putus-putus mendoakan keaadaan isterinya itu.Apakah ini cinta atau hanya rasa bertanggungjawab sebagai suami kepada isterinya?Joe sendiri tidak pasti.
********

No comments:
Post a Comment