
Joe melepaskan satu keluhan berat di atas kerusi pejabatnya.Pelbagai tomahan yang dilemparkan kepadanya.Namun perkara yang terjadi tak dapat diundurkan kembali.Dia tahu semua ini berlaku atas asakan nafsunya yang tak dapat di kawal.Lalu,kasih hatinya mengundur diri dan membawa hati yang terluka parah."Rina,maafkan abang.Abang salah.Abang benar-benar menyesal",Joe menekup mukanya yang dirasakan panas yang teramat sangat.3 bulan telah pun berlalu.Perut Shaidah telah pun menampakkan bentuknya.Hatinya kesian melihat Sahidah yang sedang sarat mengandungkan anaknya.Anak yang tak diiktiraf oleh agamanya sendiri.Namun,apakan daya dia sendiri tidak kuat menghadapi dugaan ini.Walaupun pernikahannya dengan Shaidah telah pun berusia 3 bulan,tapi hati dia masih belum boleh mengakui shaidah adalah isterinya yang sah.
Dia masih merindui Rina malah selepas pernikahannya belum pernah sekalipun dia melayan Shaidah dengan baik.Setiap kali dia ke pejabat,tidak pernah sekalipun dia menyambut huluran salam dari Shaidah.Memandangkan Shaidah sedang mengandung,dia tak membenarkan Shaidah bekerja. Dia mahu Shaidah menjaga dirinya dan kandungannya.
Tiba-tiba ada panggilan masuk.Joe mengangkat telefonnya dengan malas.Selalunya pasti akan ada 'client' yang menelefonnya bertanyakan status permohonan pinjaman mereka kepadanya memandangkan jawatan yang diselianya sekarang adalah sebagai Pegawai Eksekutif Bahagian Pinjaman di sebuah syarikat perbankan yang terkemuka di Malaysia.
"Hello afternoon,Joe speaking,"Joe memulakan bicara."Assallamuailaikum.Joe,saya Juita isteri Khalid.Jiran sebelah Joe.Ingat ke?"Juita khuatir sekiranya Joe tidak mengingatinya memandangkan mereka baru sahaja berpindah di Taman Andalas.Joe diam seketika cuba mengingati Juita.Kedengaran suara Juita sedikit cemas."Ya,"jawab Joe pendek.Dia masih tidak pasti siapa gerangan di sebalik corong telefonnya sekarang."Joe,saya nak beritahu yang Shaidah sekarang berada di wad kecemasan.Dia dirompak di depan kedai Sejahtera tadi.Sekarang dia berasa di Hospital Universiti,Petaling Jaya,"Juita cuba menarik nafas untuk bertenang.Dia masih ngeri mengenangkan peristiwa yang dilihatnya tadi.'Kesian Shaidah'bisik hatinya.
Joe tergamam lalu bingkas bangun dari kerusinya sebaik sahaja menerima panggilan dari Juita.Entah kenapa saat ini dia berasa tidak keruan dan seperti hendak menangis.Joe terus menekan untuk mendapat talian sambungan kepada setiausahanya Alia.
"Alia tolong batalkan semua temujanji saya.Hari ni saya tidak masuk tengah hari.Saya ada hal kecemasan,"Joe memberi arahan kepada setiausahanya.Alia hanya mencatit pesanan yang diberikan walaupun tidak sempat mendapat penerangan yang jelas sebaik sahaja dia melihat bosnya dalam keadaan tergesa-gesa dan sangat cemas."Alia,kenapa dengan bos kita tu?"Aina rakan sepejabatnya yang sememangnya 'radio karat' pantang nampak sesuatu pasti ada benda yang nak dipanaskan."P and C"Alia meletakkan jari telunjuk di mulutnya.'Eleh,private and confidential la konon'bisik hati Aina."Aku tak boleh bagitahu kau.Its my job,"Alia cuba bertegas dalam tugasnya.Sebenarnya,dia mahu menjaga reputasinya sebagai jawatan yang disandangnya selama dua bulan.
*******
No comments:
Post a Comment