Kereta Rina terus meluncur laju tanpa hala tuju."Aku perlu mencari tempat untuk melepaskan semua ini"bisik hatinya.Dia melihat papan tanda menghala ke Lumut dan dia menghala ke kiri melalui Jambatan Sultan Yusof.
*********
Puan Maria melihat jam di dinding rumah."8.00pm"bisik hatinya.Dia risau akan Rina yang belum pulang selepas majlis persandingan Joe."Ke mana agaknya kamu nak.Bonda risau"hatinya semakin tak keruan. Sekejap duduk kemudian dia bangun melihat keadaan di luar tingkap. Kemudian dia termenung mengenangkan keadaan Rina yang putus harapan dan kecewa dengan sikap Joe yang gagal mempertahankan hubungan pertunangan mereka yang tak sampai setahun. Namun, sebagai seorang ibu dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya di dunia dan di akhirat walaupun apa yang terjadi antara anaknya dengan bekas tunangan anaknya,Joe yang juga sepupu Rina sendiri memberi kesan yang sangat mendalam kepada keluarganya. Itulah jodoh yang telah ditetapkan Allah kepasa hamba-hambanya. 'Ya Allah,tabahnya hati puteriku Shasharina dalam menghadapi dugaan-Mu". Azan berkumandang menandakan masuknya waktu Isyak. Puan Maria berjalan ke arah biliknya.Sebaik sahaja dia membuka pintu biliknya kedengaran bunyi telefon. Dia menghentikan langkahnya dan menghala ke arah telefon yang berbunyi itu."Assallamuailaikum" Puan Maria memberi salam."Waailaikumussalam,bonda.Rina ni". Kelegaan di dada Puan Maria mula bersarang."Rina,kenapa tak sampai rumah lagi?Dah lewat dah ni"Puan Maria terus bertanya."Bonda,Rina mintak maaf.Rina tak balik rumah hari ni.Rina ada di Pangkor sekarang. InsyaAllah dua tiga hari lagi Rina balik ye bonda",Rina menerangkan kedudukan dia pada waktu itu. Puan Maria mengeluh."Kenapa tak bagitahu bonda awal-awal. Bonda risau tau. Baiklah,hati-hati kat tempat orang tu. Apa-apa bagitahu bonda ye",Puan Maria sebenarnya tidak berapa setuju dengan tindakan puterinya itu. Tapi apakan daya nak dihalang, anaknya telah pun sampai ke destinasinya. "Ya Allah,lindungilah anakku dari sebarang malapetaka.Aminn",doanya dalam hati. "Baiklah bonda.Bonda jangan risau ye. Rina cuma nak menenangkan diri buat sementara waktu" Rina menerangkan keadaan dirinya. Dia yakin bondanya akan memahami situasinya pada ketika ini. Mereka berdua berbual sekejap kemudian menamatkan panggilan untuk menunaikan solat Isyak.
*******
No comments:
Post a Comment