Thursday, November 11, 2010

Bab 5-Deruan kasih

Joe terus ke dalam wad kecemasan mendapatkan kaunter pertanyaan."Cik,di mana tempat Nurshaidah binti Mohammad?Dia baru dimasukkan hari ni"tanya Joe cemas kepada wanita yang umurnya dalam lingkungan 30 tahun itu."Encik ni siapa?Suami dia ke?Adakah pesakit ini mengandung?"tanya wanita itu."Ya dia isteri saya cik.Memang dia mengandung.Macam mane keadaan dia cik?"tanya Joe lagi.Wanita berkenaan menerangkan kepadanya bahawa isterinya masih berada di wad pembedahan. Wanita itu menerangkan keadaan Shaidah yang sangat kronik,pihak hospital terpaksa melakukan pembedahan tersebut kerana nyawanya menjadi taruhan saat itu.Joe merasakan seperti ada batu besar yang menghimpap dirinya saat ini."Encik bawa bertenang.Encik duduk dulu.Kita berdoa agar isteri encik selamat"wanita berkenaan cuba menenang Joe apabila dia melihat wajah Joe semakin tegang.Joe hanya mampu menggangguk lalu mencari tempat duduk untuk menunggu.

Joe mengambil telefon bimbitnya lalu terus mendail nombor ahli keluarganya.Saat ini,hatinya hanya mampu berdoa agar Shaidah selamat walaupun dia tahu anaknya tidak dapat diselamatkan.Tanpa disedari air matanya mengalir."Assallamuailaikum ibu"Joe memberi salam kepada ibunya."Ibu,Shaidah masuk hospital ibu.Dia kena ragut dan sekarang dia berada di wad kecemasan,"Joe memberitahu ibunya.Betapa terkejutnya Puan Maimunah mendengar keadaan menantunya di wad kecemasan.Walaupun dia tahu dia tidak dapat menerima apa yang dilakukan Joe dan Shaidah tapi hati ibu mana tak terusik apabila anaknya ditimpa musibah."Astagfirullahulazim,betul ke ni Joe.Nanti ibu bagitahu abah ye.Kami gerak hari ni juga.Apa-apa nanti ibu bagitahu Joe.Joe dah telefon ayah dan mak Shaidah?"tanya Puan Maimunah keresahan."Belum lagi ibu.Nanti Joe telefon.Ibu,Joe takut ibu"Joe tidak dapat menahan kesempitan yang dialaminya sekarang.Seakan anak kecil yang memerlukan dorongan dari insan yang bernama ibu."Sabarlah nak,semua ini dugaan kamu dengan Shaidah dari-Nya.Berbanyaklah berdoa agar Shaidah selamat ye,"Puan Maimunah hanya mampu menasihatinya.'Ya Allah adakah ini habuan yang harus anakku terima dari kesilapannya.Tabahkanlah anakku Johari dalam menghadapi dugaan yang Engkau berikan.Ampunkanlah segala dosanya yang lalu.Sesungguhnya engkau yang lebih mengetahui atas segala hal'.Joe menamatkan panggilan dengan ibunya.'Shaidah semoga engkau selamat'doanya dalam hati.Dia kemudian menelefon ahli keluarga Shaidah dan tentunya semua terkejut mendengar khabar yang disampaikan.Joe terus setia menunggu keaadaan isterinya itu.Tiba-tiba saat ini dia terkenangkan Rina.Shaidah juga kawan Rina.Tapi kerana kisah lalu Rina membenci dirinya dan Shaidah.'Perlu ke aku beritahu Rina mengenai Shaidah'Joe bertanya sendirian.Setelah lama berfikir akhirnya dia menghantar pesanan ringkas kepada Rina.

"Salam,maafkan abang kalau abang mengganggu Rina saat ini.Abang hanya ingin memberitahu Rina satu berita mengenai Shaidah.Shaidah sekarang berada di Hospital Universiti.Dia diragut pagi tadi dan sekarang dia berada di wad kecemasan.Doakan Shaidah semoga dia selamat,dari abang -Joe-".Joe terus menanti dan tidak putus-putus mendoakan keaadaan isterinya itu.Apakah ini cinta atau hanya rasa bertanggungjawab sebagai suami kepada isterinya?Joe sendiri tidak pasti.



********

Wednesday, November 10, 2010

Bab 4-Deruan Kasih

Mak Piah mengetuk pintu bilik Rina untuk mengejutnya solat Subuh berjemaah."Cik Rina,bangun cik.Puan Maria suruh saya kejutkan cik untuk solat Subuh berjemaah". Rina membuka pintu biliknya dan memberi senyuman kepada Mak Piah.Mak Piah sudah hampir 15tahun berkerja dengan keluarganya sebagai pembantu rumah.Mak Piah berusia hampir 60 tahun dan mempunyai suami Pak Mail,65tahun.Dia sangat menyayangi Pak Mail dan Mak Piah kerana sewaktu bondanya bekerja,Pak Mail dan Mak Piahlah yang menjaganya.

Rina memeluk Mak Piah."Mak Piah,tak payahlah panggil Rina dengan panggilan 'Cik Rina'.Berapa kali Rina nak cakap.Sejak kecil Mak Piah jaga Rina kan?Rina dah anggap Mak Piah macam ahli keluarga Rina sendiri tau",Rina berkata lembut kepada Mak Piah.Mak Piah hanya tersengih dan membalas pelukan Rina."Mak Piah main-main saja.Saja Mak Piah nak tengok gelagat Rina.Dah ambil air sembahyang ke ni?"tanya Mak Piah sambil meleraikan pelukannya.Rina menggeleng.Kemudian dia ke biliknya untuk mengambil wuduk sementara Mak Piah duduk di katilnya menunggunya untuk turun berjemaah sekali.Rina mengenakan telekung di kepalanya kemudian turun bersama-sama Mak Piah ke bilik solat.

Puan Maria hanya tersenyum melihat Mak Piah dan Rina.Dia tahu antara Mak Piah dan Rina sangat rapat tambah-tambah lagi sewaktu dia pergi bekerja.Mak Piahlah yang menjaga makan minum puterinya.Namun,tidak sekelumit di hatinya mencemburui hubungan anaknya dengan pembantu rumahnya.Malah,dia lebih bersyukur apabila Rina dan Mak Piah sangat rapat kerana sepanjang kesibukannya di pejabat,jarang dia dapat meluangkan masanya bersama puterinya,Rina. Kepada Mak Piahlah tempat dia mengetahui segala-galanya mengenai aktiviti Rina termasuklah hal peribadi Rina kerana dia tahu puterinya seorang yang perahsia.

Rina mendapatkan bondanya,Puan Maria kemudian memeluk dan mengucup pipi ibunya.Sejak kisah antara Joe dan dirinya berlalu,hanya keluarganya sahaja tempat dia meluahkan rasa dan lebih kuat menghadapi kehidupannya.Selepas dia pulang dari Pangkor dia cuba menanam semangatnya kembali untuk menjadi insan yang lebih kuat dan tabah.Namun untuk mencari pengganti Joe dia sendiri tidak pasti.Mereka sekeluarga menunaikan kewajipan kepada Allah s.w.t.Setelah menunaikan solat jemaah,Rina bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya baru memandangkan dia mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah orang tuanya dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana dia serik untuk hidup menyewa lagi.Kemudian,Rina bersarapan pagi bersama keluarganya dan terus bergerak ke tempat kerja yang baru.

**********
"Assallamuailaikum,"Rina memberi salam kepada penyambut tetamu di pejabat syarikat tempat kerja barunya itu.Seorang gadis dalam lingkungan sebaya dengannya tersenyum kemudian menjawab soalannya."Pekerja baru ye?"tanya gadis itu kepada Rina."Ya.Sepatutnya hari ini saya kena berjumpa dengan Puan Norees untuk melapor kehadiran saya hari ini.Nama saya Shasharina"Rina menjelaskan kepada gadis itu.Sempat mata dia mengerling memandang tanda nama di baju gadis tersebut,'Maisarah'bisiknya dalam hati. Gadis itu terus menekan butang sambungan untuk memanggil Puan Norees."Puan Norees,your new staff,Shasharina already here.Do you want me to bring her inside or you'll be come here to show her the way?"tanya gadis tersebut.Kemudian,Rina melihat reaksi 'Maisarah'yang baru dikenalinya tanpa 'ice breaking' menunjukkan bahawa dia perlu menunggu Puan Norees untuk membawa dia ke pejabat."Okay,I will tell her", gadis itu kemudiannya menamatkan 'conversation' dengan 'bos' barunya itu."Cik Shasharina boleh duduk dahulu.Sekejap lagi Puan Norees akan datang.Sekarang dia tengah ada mesyuarat dengan ahli Lembaga Pengarah syarikat"terang Maisarah kepada Rina.Shasharina menggangguk tanda paham.Kemudian dia duduk menunggu kehadiran Puan Norees.
*****
Hampir setengah jam,Rina menunggu kehadiran Puan Norees tapi masih tidak nampak lagi kelibat wanita tersebut.Tiba-tiba dia merasa tidak selesa lantas dia bangun dan memberitahu yang dia ingin ke tandas.Memandangkan Rina masih tidak mempunyai pas masuk,jadi dia meminjam pas Maisarah.Sewaktu dia ingin membuka pintu masuk tersebut,tidak semena-mena kepalanya terhantuk dengan seseorang di hadapannya.Rina mengerutkan dahi sambil memegang kepalanya yang terhantuk dek kerana terlanggar seseorang yang dirasakan agak tinggi sedikit berbanding dirinya.Dia mengangkat kepalanya."I'm sorry.I tak sengaja.Are you okay?"tanya manusia yang melanggarnya tadi.Lelaki.Rina senyum.Memandangkan dia baru ingin masuk kerja jadi dia menunjukkan ke'profesionalan'nya kepada lelaki tersebut walaupun dalam hatinya bengang dengan lelaki yang berada di hadapannya itu."Tak apa.Saya okay.Saya pun minta maaf juga saya pun tak perasan tadi"Rina berbahasa basi.Kemudian mereka berbalas senyuman dan Rina melepaskan hajatnya yang tidak kesampaian tadi.Rina kembali ke tempat menunggu tadi dan tidak sampai lima minit dia ditempat itu Puan Norees pun sampai memberi senyuman."Hai,we meet again.Nice to see you here.Welcome to a board.I'm sorry for your waiting"Puan Norees menghulurkan salam."Thank you.It is okay.At least my nervourse can calm down"Rin a cuba berseloroh.Puan Norees gelak kecil.Nampak gayanya jadi juga lawaknya.Rina masuk ke dalam bersama Puan Norees.
"Okay,this is your room.Hope you will be comfort with it",Puan Norees menunjukkan bilik Rina.Rina menggangguk tanda selesa dengan layanan yang diberikan."Okay,lets I introduce you with other staff",Puan Norees membawa Rina kepada bakal-bakal rakan sepejabatnya itu.Setelah berkenalan,Puan Norees membawa dirinya berjumpa lembaga pengarah bahagian kewangan.Rina masuk ke bilik Lembaga Pengarah tersebut.Agak pelik sedikit bilik pengarah ni.Komputer pejabatnya berada di sudut bersandarkan dinding.Sesiapa yang duduk akan membelakangkan orang yang masuk ke biliknya.
"Mr.Khairi.I want to introduce you with our new staff,Ms.Shasharina as your new finance and controller manager in your department".Sebaik sahaja lelaki tersebut berpaling ke arahnya,Rina terkejut apabila lelaki yang terlanggarnya di pintu masuk tadi adalah Encik Hairi.Rina cuba berlagak biasa lagi."Hi,Mr.Hairi.Nice to meet you.Appreciate if you might guide me",Rina menghulurkan salam tanda perkenalan.Encik Hairi menyambut salam Rina kemudian terus berkata "My pleasure",Hairi tersenyum penuh makna.Rina tunduk malu.Dia tahu senyuman tadi itu untuk apa.Tak sangka rupanya 'incident' yang berlaku tadi ada cerita si sebaliknya.setelah Rina keluar dari bilik tersebut bersama Puan Norees,tiba-tiba Hairi memanggil namanya.Dia berpaling."Ya,En Hairi?" tanya dia sopan."What is your extension?"tanya Hairi.Puan Norees yang seusia dengan ibunya tersenyum."Mr.Hairi,can be patient.She just report today.Anyway her extension is 9391"Puan Norees ketawa.Rina hanya tersenyum.Hairi tersenyum simpul menampakkan lesung pipitnya.Kemudian,Rina dan Puan Norees melangkah ke biliknya.Puan Norees telah memberi beberapa tugas yang perlu diselesaikan.Rina duduk di bangkunya dan cuba menyelesaikan kerjanya satu persatu.
******

Bab 3-Deruan Kasih


Joe melepaskan satu keluhan berat di atas kerusi pejabatnya.Pelbagai tomahan yang dilemparkan kepadanya.Namun perkara yang terjadi tak dapat diundurkan kembali.Dia tahu semua ini berlaku atas asakan nafsunya yang tak dapat di kawal.Lalu,kasih hatinya mengundur diri dan membawa hati yang terluka parah."Rina,maafkan abang.Abang salah.Abang benar-benar menyesal",Joe menekup mukanya yang dirasakan panas yang teramat sangat.3 bulan telah pun berlalu.Perut Shaidah telah pun menampakkan bentuknya.Hatinya kesian melihat Sahidah yang sedang sarat mengandungkan anaknya.Anak yang tak diiktiraf oleh agamanya sendiri.Namun,apakan daya dia sendiri tidak kuat menghadapi dugaan ini.Walaupun pernikahannya dengan Shaidah telah pun berusia 3 bulan,tapi hati dia masih belum boleh mengakui shaidah adalah isterinya yang sah.


Dia masih merindui Rina malah selepas pernikahannya belum pernah sekalipun dia melayan Shaidah dengan baik.Setiap kali dia ke pejabat,tidak pernah sekalipun dia menyambut huluran salam dari Shaidah.Memandangkan Shaidah sedang mengandung,dia tak membenarkan Shaidah bekerja. Dia mahu Shaidah menjaga dirinya dan kandungannya.


Tiba-tiba ada panggilan masuk.Joe mengangkat telefonnya dengan malas.Selalunya pasti akan ada 'client' yang menelefonnya bertanyakan status permohonan pinjaman mereka kepadanya memandangkan jawatan yang diselianya sekarang adalah sebagai Pegawai Eksekutif Bahagian Pinjaman di sebuah syarikat perbankan yang terkemuka di Malaysia.


"Hello afternoon,Joe speaking,"Joe memulakan bicara."Assallamuailaikum.Joe,saya Juita isteri Khalid.Jiran sebelah Joe.Ingat ke?"Juita khuatir sekiranya Joe tidak mengingatinya memandangkan mereka baru sahaja berpindah di Taman Andalas.Joe diam seketika cuba mengingati Juita.Kedengaran suara Juita sedikit cemas."Ya,"jawab Joe pendek.Dia masih tidak pasti siapa gerangan di sebalik corong telefonnya sekarang."Joe,saya nak beritahu yang Shaidah sekarang berada di wad kecemasan.Dia dirompak di depan kedai Sejahtera tadi.Sekarang dia berasa di Hospital Universiti,Petaling Jaya,"Juita cuba menarik nafas untuk bertenang.Dia masih ngeri mengenangkan peristiwa yang dilihatnya tadi.'Kesian Shaidah'bisik hatinya.


Joe tergamam lalu bingkas bangun dari kerusinya sebaik sahaja menerima panggilan dari Juita.Entah kenapa saat ini dia berasa tidak keruan dan seperti hendak menangis.Joe terus menekan untuk mendapat talian sambungan kepada setiausahanya Alia.


"Alia tolong batalkan semua temujanji saya.Hari ni saya tidak masuk tengah hari.Saya ada hal kecemasan,"Joe memberi arahan kepada setiausahanya.Alia hanya mencatit pesanan yang diberikan walaupun tidak sempat mendapat penerangan yang jelas sebaik sahaja dia melihat bosnya dalam keadaan tergesa-gesa dan sangat cemas."Alia,kenapa dengan bos kita tu?"Aina rakan sepejabatnya yang sememangnya 'radio karat' pantang nampak sesuatu pasti ada benda yang nak dipanaskan."P and C"Alia meletakkan jari telunjuk di mulutnya.'Eleh,private and confidential la konon'bisik hati Aina."Aku tak boleh bagitahu kau.Its my job,"Alia cuba bertegas dalam tugasnya.Sebenarnya,dia mahu menjaga reputasinya sebagai jawatan yang disandangnya selama dua bulan.

*******

Tuesday, November 9, 2010

Bab 2-Deruan Kasih


Rina terkenang masa lalu di samping Joe yang pernah dikasihinya dahulu. Berjanji sumpah setia hingga ke akhir hayat mereka berdua. Melakar kisah cinta dengan ikatan pertunangan agar dimeterai cinta mereka dengan ijab dan kabul yang diimpikan selama ini."Joe sayang Rina.Walau apa yang terjadi Joe akan bersama-sama Rina selamanya" kata-kata itu menguatkan semangat cinta Rina untuk terus berdiri teguh di dalam satu ikatan yang suci dan murni.Sebak rasa hati Rina masih belum terawat.Hujan yang membasahi bumi Pangkor tika ini seakan-akan mengetahui apa yang tersirat di sebalik hatinya yang kesunyian itu.Suara katak memanggil hujan bergema di setiap sudut.


Air mata Rina mengalir tanpa henti.Apakah ini sebuah pengorbanan yang harus dia lakukan ataupun menanti suatu jawapan yang tidak pasti?"Joe,pasti Joe bahagia di samping dia kan?"bisik hati Rina.
Saat ini terbayang peristiwa hitam yang merobek hati Rina tanpa belas kasihan dan seakan membawa dirinya ke neraka saat itu."Rina,aku tahu kau dah bertunang dan aku tak sepatutnya merahsiakan hal ini daripada kau. Tapi aku tersepit sekarang Rina.Aku perlukan bantuan kau",Shaida memandang Rina dengan wajah yang penuh berharap.Rina memandang Shaidah dengan mata yang penuh persoalan.Perasaannya berdebar-debar untuk menantikan kata-kata yang bakal tiba dari mulut Shaidah.Kalau dari ayatnya tadi seakan-akan berkaitan dengan hubunganya dengan Joe.


Dia memberanikan diri bertanya "Bagitahulah aku Shaidah apa yang boleh aku tolong?" jantungnya semakin laju dan dia semakin pelik. Shaidah yang tunduk di hadapannya lalu mendongak memandangnya mengalir air mata seakan-akan berat untuk dia mengatakan perkara tersebut.Tapi di hatinya, dia perlu memberitahu Rina hal yang sebenar.Dengan sebak Shaidah berkata "Aku hamil 2 bulan,anak Joe".Rina tergamam beberapa ketika lalu menggeling tidak percaya.Hatinya tiba-tiba marah yang teramat sangat. Adakah ini satu tuduhan semata-mata untuk memecah belahkan hubungannya dengan Joe?Atau adakah semua in satu kebenaran yang harus dia tempuhi?."Kau cakap elok-elok Shaidah. Apa buktinya yang kau mengandungkan anak Joe?Kau tahukan bulan depan aku dah nak bernikah dengan Joe?!Apa semua ni?Macam mana semua ni boleh berlaku.Aku tak percaya"Rina seperti orang hilang arah.Ya Allah perlukah aku terima semua ini sebagai ketentuan yang telah engkau tetapkan?Rina cuba bersikap tabah dan tenang.Dia perlu mencari jawapan untuk semua ni.


"Sebenarnya Rina,semua ni berlaku tiga bulan lepas.Waktu tu kau tak ada di rumah.Kau ada kursus dengan tempat kerja kau selama seminggu.Suatu hari,hujan lebat. Aku tengah tunggu bas tiba-tiba Joe ternampak aku. Dia tumpangkan aku balik ke rumah sewa kita.Memandangkan cuaca semakin teruk aku tumpangkan dia di luar rumah.Tiba-tiba guruh kuat,aku tak sampai hati biarkan tunang kau balik dengan keadaan macam tu.Aku jemput dia masuk kemudian..."Rina menutup kedua belah telinganya."Cukup Shaidah aku tak nak dengar lagi.Semuanya dah jelas.Tapi kenapa kau sanggup buat macam ni pada aku Shaidah?Dia tunang aku. Kau pun sedia maklum kan??Sampai hati kau.Kau memang kawan tak guna!!"Tanpa disangka tidak semena-mena tangannya menampar Shaidah.Tapi walau sekuat manapun tamparannya,hatinya masih sakit.Rina pergi meninggalkan Shaidah dan mencari kepastian dari Joe.Semuanya bagai mimpi namun sememangnya inilah hakikat yang perlu dia tempuhi sekarang.Hatinya menjerit penuh kebencian dan kekecewaan.


Hari ini,dia melihat persandingan Joe dan Shaidah.Dia membawa hatinya yang penuh dengan kekecewaan.Rina baring di katil lalu terlena dalam kesedihan.


Bab 1-Deruan Kasih

Rina tahu hatinya terluka melihat kebahagiaan Joe.Sepatutnya dialah yang akan bersanding di sebelah Joe.Bukan perempuan tu.Tapi apakan daya dia hanya insan biasa yang tak mampu melawan lumrah kehidupan apatah lagi menghadapi dugaan yang telah ditentukan Yang Maha Esa. "Ya Allah,mungkin yang terjadi semua ini ada hikmah di sebaliknya"hati Rina berdoa agar suatu masa nanti dibukakan pintu hatinya menerima takdir Allah.
Kereta Rina terus meluncur laju tanpa hala tuju."Aku perlu mencari tempat untuk melepaskan semua ini"bisik hatinya.Dia melihat papan tanda menghala ke Lumut dan dia menghala ke kiri melalui Jambatan Sultan Yusof.
*********
Puan Maria melihat jam di dinding rumah."8.00pm"bisik hatinya.Dia risau akan Rina yang belum pulang selepas majlis persandingan Joe."Ke mana agaknya kamu nak.Bonda risau"hatinya semakin tak keruan. Sekejap duduk kemudian dia bangun melihat keadaan di luar tingkap. Kemudian dia termenung mengenangkan keadaan Rina yang putus harapan dan kecewa dengan sikap Joe yang gagal mempertahankan hubungan pertunangan mereka yang tak sampai setahun. Namun, sebagai seorang ibu dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya di dunia dan di akhirat walaupun apa yang terjadi antara anaknya dengan bekas tunangan anaknya,Joe yang juga sepupu Rina sendiri memberi kesan yang sangat mendalam kepada keluarganya. Itulah jodoh yang telah ditetapkan Allah kepasa hamba-hambanya. 'Ya Allah,tabahnya hati puteriku Shasharina dalam menghadapi dugaan-Mu". Azan berkumandang menandakan masuknya waktu Isyak. Puan Maria berjalan ke arah biliknya.Sebaik sahaja dia membuka pintu biliknya kedengaran bunyi telefon. Dia menghentikan langkahnya dan menghala ke arah telefon yang berbunyi itu."Assallamuailaikum" Puan Maria memberi salam."Waailaikumussalam,bonda.Rina ni". Kelegaan di dada Puan Maria mula bersarang."Rina,kenapa tak sampai rumah lagi?Dah lewat dah ni"Puan Maria terus bertanya."Bonda,Rina mintak maaf.Rina tak balik rumah hari ni.Rina ada di Pangkor sekarang. InsyaAllah dua tiga hari lagi Rina balik ye bonda",Rina menerangkan kedudukan dia pada waktu itu. Puan Maria mengeluh."Kenapa tak bagitahu bonda awal-awal. Bonda risau tau. Baiklah,hati-hati kat tempat orang tu. Apa-apa bagitahu bonda ye",Puan Maria sebenarnya tidak berapa setuju dengan tindakan puterinya itu. Tapi apakan daya nak dihalang, anaknya telah pun sampai ke destinasinya. "Ya Allah,lindungilah anakku dari sebarang malapetaka.Aminn",doanya dalam hati. "Baiklah bonda.Bonda jangan risau ye. Rina cuma nak menenangkan diri buat sementara waktu" Rina menerangkan keadaan dirinya. Dia yakin bondanya akan memahami situasinya pada ketika ini. Mereka berdua berbual sekejap kemudian menamatkan panggilan untuk menunaikan solat Isyak.
*******

Thursday, December 17, 2009

Deruan Kasih

Rina terus keluar dari rumah sebaik sahaja dia menempung mawar pasangan pengantin yang indah bersanding di atas pelamin. Air matanya jatuh berjuraian melihat pasagan tersebut.
'Aku harus tabah" bisik hatinya. Selamat tinggal Joe. Terima kasih segalanya. Dia melangkah ke keretanya dan berlalu pergi.